Lakaran salasilah keluarga Salasilah_keluarga

Data genealogi boleh dilambangkan dalam beberapa format, misalnya sebagai carta rangga keluarga atau carta leluhur. Salasilah keluarga lazimnya dibentangkan dengan susunan generasi tertua di atas hingga generasi terkini di bawah. Carta leluhur yang memaparkan nenek moyang seseorang pastinya lebih menyerupai bentuk pokok, iaitu atasnya lebih besar daripada bawahnya. Sesetengah carta leluhur dilukis dengan diri di kiri diikuti leluhurnya ke kanan. Carta pewaris yang memaparkan semua keturunan seseorang semestinya paling tirus di atasnya.

Salasilah keluarga berupa carta leluhur Sigmund Christoph von Waldburg-Zeil-Trauchburg.